BATU CINCIN KEBAL?
Terus menjadi buruan orang ramai

Kuala Lumpur: Pernah didedahkan oleh Media Terkini sebelum ini bahawa ramai kalangan tok guru silat memburunya. Kayu Gemunggal atau juga disebut Teras Kilo, antara bahan semulajadi yang semakin hari semakin menjadi rebutan orang ramai di sana sini.Dari tinjauan kami juga, ianya mula mendapat sambutan hebat sejak pilihanraya yang lalu kerana dikatakan diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang mementingkan keselamatan diri. Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam bentuk buah cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya. Perkara ini boleh diuji sendiri oleh sesiapa juga dengan mengambil sebotol asid (cuka getah yang digunakan bagi getah skrap) dan cuba mencelupkan jari anda ke dalam cuka tersebut. Tetapi mestilah memakai cincin Gemunggal tersebut terlebih dahulu. Awas, jika anda tidak memakai Cincin Gemunggal tersebut, jari anda mungkin akan hancur!Kayu Gemunggal ini berasal dari pokok gemunggal . Perkataan Gemunggal ini dikatakan merupakan istilah dari sebutan masyarakat India. Bagi masyarakat Melayu, lebih dikenali sebagai Teras Kelo.Masyarakat India selalu menggunakan daunnya untuk masak kari. Bukan setakat di kampung-kampung malah hasil tinjauan kami, kini pokok gemunggal banyak ditanam di tepi-tepi jalan di taman perumahan sekitar Kuala Lumpur .Kehebatan Cincin Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri. Pernah dilaporkan oleh akhbar harian tidak lama dahulu bahawa para datin sanggup keluarkan wang beribu ringgit semata-mata ingin mendapatkan cincin gemunggal tersebut.Ramai masih belum tahu akan khasiatnya. Antara khasiat cincin gemunggal ini ialah dapat menawarkan racun dalam makanan. Menurut petua orang lama-lama, sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.Ianya juga boleh menjauhkan dari terkena hikmat sihir, menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir dengan cara menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah,menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa dengan cara memakai terasnya sebagai cincin dan sebagainya lagi.Tapi anda harus ingat, semua kuasa hanyalah dari Allah swt. Kayu gemunggal ini sebagai ikhtiar sahaja.Bak kata orang, kayu gemunggal yang bersifat semulajadi ini tidak perlu tambahan jampi serapah. Jadi, tidak rugi kiranya anda menyimpan cincin gemunggal ini di dalam rumah anda.




WANITA PUN MULA BURU KAYU GEMUNGGAL








Menurut sebuah laman web, kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki tetapi kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu wanita bagi melembutkan hati lelaki. Menurut web tersebut, khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin. "Anda seorang anak gadis yang ada rupa, anda lebih lawa dari orang lain, jadi ini akan membuatkan orang mula berdengki dengan anda dan mulalah menggunakan ilmu sihir bagi menyantau anda. Selalunya masalah penolakan cinta menyebabkan pihak lelaki sering tertekan dan mula mengambil tindakan luar biasa dengan menggunakan bomoh. Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri nombor 2, 3 atau 4. - 019-2244707
0 Responses

Catat Ulasan