BOMOH, GURU SILAT BURU GEMUNGGAL

........digunakan untuk menjadi kebal


KUALA LUMPUR: Panas...! itulah yang dapat digambarkan dengan perebutan 'teras gemunggal' oleh kalangan segelintir bomoh serta guru-guru silat tanahair.Dari siasatan Media Terkini, mendapati bahawa kebanyakkan mereka menyedari betapa 'teras gemunggal' ini bersifat semulajadi dengan khasiat yang dipercayai dapat mnghindari dari terkena ilmu hitam, sihir dan sebagainya. Paling penting bagi mereka, 'teras gemunggal' tersebut dipercayai berkhasiat semulajadi untuk mereka menjadi 'kebal'.Menurut satu sumber yang layak dipercayai, 'teras gemunggal' tersebut yang turut dipanggil 'teras kilo' sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki berbagai-bagai keistimewaan tersendiri."Hanya mereka yang tahu kelebihannya sahaja akan berusaha mencari 'teras gemunggal' tersebut walau terpaksa berhabisan wang. Malah ada sesetengah pemiliknya dikatakan akan menggunakan teras tersebut untuk menunjukkan kehebatan kepada orang yang mereka kenali kononnya mereka mempunyai 'kekebalan' dengan ilmu-ilmu tertentu. Padahal mereka menyalahgunakan kelebihan semulajadi teras tersebut untuk menunjukkan kehebatan.Selain kelebihan di atas, 'teras gemunggal' ini juga dikatakan dapat mengelakkan kesakitan dari gigitan serangga-serangga hutan terutama serangan ular berbisa.Seorang pengamal perubatan yang enggan disiarkan gambar, Haji Omarruddin, 76, mengakui bahawa 'teras gemunggal' satu-satunya teras pokok yang bersifat semulajadi."Orang yang memiliki teras kilo ini tak perlu membuat 'pengisian' pada teras tersebut. Ianya tiada 'khadam' dan tak perlu berjampi apa-apa sekali pun. Sebab kehebatan teras inilah ramai yang tercari-cari. Oleh itu, nasihat saya, orang yang memilikinya diharap tidak menyalahgunakan teras tersebut,"katanya.Menurut Haji Omarruddin, dalam pilihanraya baru-baru ini ramai kalangan ahli politik yang mencari teras gemunggal ini untuk digunakan sebagai pelindung dari sihir dan ilmu hitam."Tapi apa pun yang kita lakukan mesti ingat yang menjaga dan melindungi kita hanyalah Allah. Teras itu hanya sebagai ikhtiar kita sahaja. Malah kelebihan teras tersebut pulak secara semula jadi. Yang ini kita kena faham betul-betul. Seperti jugak dengan kegunaan cermin kereta sebagai contohnya, Ia boleh digunakan untuk melindungi kita dari bahaya ketika kereta bergerak. Ini bukan bermakna kita percaya yang cermin menyelamatkan kita tapi Allah yang menyelamatkan kita," ujar Omaruddin panjang lebar.

PENGAKUAN PEMILIK TERAS GEMUNGGAL:


Kuala Lumpur: Pihak Media Terkini berjaya menjejaki seorang pemilik 'Teras gemunggal' yang berasal dari Terengganu. Beliau hanya mahu dikenali sebagai Pak Harun berkata, beliau sedia menjualkan teras tersebut asalkan pembelinya mempunyai niat yang baik serta ikhlas.Ketika ditanya menganai sejarah 'teras gemunggal' tersebut, menurut Pak Harun, orang tua dahulu mengatakan teras pokok gemunggal atau nama sebenarnya pokok kilo adalah sejenis pohon yang menyimpan pelbagai seribu mesteri.Namun disebalik misteri akan terjawab nanti.Difahamkan pokok itu menjadi penawar kepada segala racun. Selain itu juga tahan gigitan serangga berbisa dan juga ular. Malah ada juga ada sesetengah pihak mendakwa teras itu mampu menghalang pemiliknya terkena gangguan sihir atau ilmu hitam.Sebenarnya teras gemunggal memang sukar untuk diperolehi, ujarnya. Difahamkan teras berkenaan milik Pak Harun merupakan hadiah pemberian daripada seorang rakan kenalan akrab yang berasal dari Gua Musang, Kelantan.Menurut pemilik teras gemunggal tersebut lagi, sekitar tahun awal 70an dan 80an kebanyakkan askar-askar Melayu menggunakan teras itu sebagai pelindung diri.Dakwanya lagi,teras itu apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh."Apa yang saya ceritakan berdasarkan daripada cerita lisan daripada cerita kawan-kawan rapat yang mengetahui khasiat teras gemunggal.Selain itu juga pengalaman si pemakai mengenai rahsia teras pelik itu",akuinya lagi.Dia juga menjelaskan,selain itu juga teras berkenaan boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri atau sesiapa bertujuan niat jahat.Pak Harun Menyatakan, pohon teras hanya boleh didapati di kawasan tanah berpasir serta lembut.Pokoknya lembut dan rending,berdaun kecil manakala batangnya lembut.Jarang pohon itu ada teras kecuali pohon tertentu sahaja.Setiap kejadian ada hikmahnya.Manusia hanya merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukannya.Begitu juga dengan teras gemunggal."Bukanlah kita nak percaya bulat-bulat kepada kayu berkenaan nanti boleh membawa kepada syirik tetapi pada saya setiap tumbuhan ,pokok herba ada khasiatnya tersendiri.Semua anugerah kejadian daripada Ilahi,"akuinya lagi.Ketika ditanya seandainya orang ramai yang berminat membeli teras tersebut, menurut Pak Harun beliau tidak keberatan untuk menjualnya asalkan pembelinya mempunyai niat yang baik dan tidak menyalahgunakan teras tersebut. -019-2244707
0 Responses

Catat Ulasan