RAHSIA GEMUNGGAL



RAHSIA GEMUNGGAL

K.Lumpur: Bayangkan kalau said terkena kepada badan seseorang itu mungkin mengakibatkan cacat seumur hidup atau sebaliknya. Namun jika anda memakai cincin teras gemunggal lain pula jadinya. Percayalah tiada apa-apa berlaku kepada diri anda.Mungkin sukar untuk dipercayai dengan kenyataan berkenaan."Betul bang! Saya sendiri celup kelima-lima jari ke dalam bekas berisi asid. Tiada apa-apa pada jari saya," Ujarnya dengan bersungguh-sungguh.Katanya lagi, kayu teras berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi kerana manusia arif saja dapat menemui pohon itu."Bukan senang hendak jumpa kayu teras jika tidak arif dalam bidang itu," jelasnya lagi.Begitulah pendedahan penjual teras kayu berkenaan iaitu Mohd Syawal, 20, berasal dari Setapak, menjelaskan kayu teras dijadikan cincin untuk mudah dipakai kepada sesiapa berhajat dan selamat untuk dibawa ke mana-mana saja."Saya bawa cincin teras dan jual kepada sesiapa saja yang hendak membeli. Tuan punya sebenar ialah Pak Arun yang menetap di Terengganu jugak.Pak Arun amanah kepada saya untuk menjual. Saya bawa cincin itu bersama-sama dengan sebotol asid. Uji dulu baru boleh beli." akiunya lagi."Tetapi jika takut, bimbang dan gementar jangan celup nanti bawa padah. Syaratnya anda mesti yakin kepada Allah S.W.T barulah boleh percaya. Sekadar melepaskan batuk ditangga jangan buat nanti nahas pada diri sendiri. Saya tidak bertanggungjawab," jelasnya dengan panjang lebar.Syawal mengakui, pada mulanya dia mencelup kelima-lima jarinya ke dalam asid tanpa memakai cincin berkenaan tetapi tidak sampai lima minit kemudian kesemua jarinya menjadi panas. Selepas itu kulit menjadi melecur."Seminggu jugak baru sembuh. Saya celup kelima-lima jari pada sebelah kanan ternyata tiada apa-apa.Dari situlah saya yakin dengan cincin berkenaan." sambungnya lagi. Ketika diajukan soalan berkaitan dengan harga cincin berkenaan lantas dia menjawap," Bayar fidyah dengan harga berpatutan."Menurut kepercayaan orang tua dahulu mengatakan Teras pokok Gemunggal atau nama sebenarya pokok kilo adalah sejenis pohon yang menyimpan pelbagai seribu misteri. Namun disebalik misteri akan terjawab nanti.Difahamkan pokok itu menjadi penawar kepada segala racun. Selain itu juga tahan gigitan serangga berbisa dan juga ular.Selain itu juga ada sesetengah pihak mendakwa teras itu mampu menghalang pemiliknya terkena gangguan sihir atau ilmu hitam."Sebenarnya teras gemunggal memang sukar untuk diperolehi," ujarnya dengan tenang. Namun dia bersyukur kerana teras berkenaan ada padanya bahkan dianggap hadiah pemberian daripada seorang rakan kenalan akrab yang berasal dari Gua Musang, Kelantan.Menurut pemilik teras gemunggal dikenali dengan panggilan Pak Arun menjelaskan. pada zaman tahun dulu (tahun awal 70an dan 80an) kebanyakkan askar-askar Melayu menggunakan teras itu sebagai pelindung diri. Dakwanya lagi, teras itu apabila dipakaipada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh."Apa yang saya cerita berdasarkan daripada cerita lisan daripada kawan-kawan rapat yang mengetahui khasiat teras gemunggal. Selain itu juga pengalaman si pemakai mengenai rahsia teras pelik itu." akuinya lagi.Dia juga menjelaskan, selain itu juga teras berkenaan boleh disimpan didalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri atau sesiapa saja bertujuan niat jahat.Pak Arun menyatakan pohon teras hanya boleh didapati di kawasan tanah berpasir serta lembut.Pokoknya lembut dan rendang, berdaun kecil manakala batangnya lembut. Jarang pohon itu ada teras kecuali pohon tertentu saja."Setiap kejadian ada hikmahnya. Manusia hanya merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukannya. Begitu juga dengan teras gemunggal".Bukanlah kita hendak percaya bulat-bulat kepada kayu berkenaan nanti boleh membawa kepada syirik.Tetapi pada saya setiap tumbuhan, pokok herba ada khasiat tersendiri. Semuanya anugerah kejadian daripada Ilahi," akuinya lagi ketika dihubungi oleh pihak MT- 019-2244707

0 Responses

Catat Ulasan