KEBAL SENJATA DAN SIHIR

Kuala Lumpur: Khazanah alam semulajadi memang banyak menyimpan khasiat dan keistimewaannya yang tersendiri. Malah khasiat dan rahsia tumbuhan semlajadi ini turut diakui oleh pakar-pakar saintis tempatan. Mingguan Misteri menyingkap tentang jenis tumbuhan yang jarang-jarang sekali diketahui umum. Malah kelebihannya begitu tinggi dan unik untuk diperkatakan.Teras pokok Gemunggal atau panggilan sumateranya dipanggil pokok Kilo adalah sejenis pokok yang menyimpan seribu satu misteri dan keistimewaan yang sukar dimiliki oleh pokok lain. Pokok yang dikenali sebagai penawar untuk racun ini juga mampu dijadikan penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai."Sebenarnya akar gemunggal ini sukar sekali untuk diperolehi apatah lagi unutk dimiliki. Saya bergitu bersyukur apabila memiliki teras kayu yang saya sifatkan begitu berguna sekali. Teras kayu ini adalah pemberian seorang kawan baik pakcik yang berada dikelantan. Sebenarnya banyak cerita yang yang tersembunyi disebalik teras gemunggal ini.Pada zaman dulu-dulu ramai askar-askar kita menggunakan teras gemunggal untuk dijadikan sebagai pelindung diri. Ini kerana teras ini dipercayai dapat menjadikan si pemakainya kebal dan boleh mengelak dari dikesan musuh. Itupun jika si pemakainya berniat baik. Ada juga yang mengatakan jika teras gemunggal ini ditanam di keempat-empat penjuru rumah, ia boleh mengelakkan dari sebarang gangguan sihir dan rumah dimasuki pencuri. Malah ia boleh dijadikan penhalau syaitan jika pemakai mengamalkannya dengan bacaan ayat suci Al-Quran," ujar Pak Arun yang memiliki teras gemunggal yang diangarkan berusia lebih 100 tahun.Menurut Pak Arun lagi, pokok ini hanya boleh didapati di kawasan tanah berpasir dan lembut. Ia tumbuh dikawasan hutan dan asalnya juga tidak diketahui. Pokok lembut dan rendang, berdaun kecil dan berbatang lembut. Malah batangnya juga dikatakan jarang sekali terdapat teras. Ternyata pokok ini lansung tidak sama fizikalnya jika dibandingkan dengan pokok-pokok yang besar yang lain.Terasnya berwarna coklat kehitaman dan amat keras. Teras ini jugalah yang dijumpai secara tidak sengaja oleh kawan baik Pak Arun. Sebelum ini Pak Arun hanya memiliki sejumlah kecil sahaja teras gemunggal dan dia hanya menyimpannya sebagai koleksi berharga. Malah dia juga terpaksa melupakan hasrat untuk berkongsi keistimewaan teras gemunggal ini kepada orang ramai. Namun selepas dia memperolehi beberapa hari teras gemunggal, dia mula yakin yang hasrat baiknya kini boleh menjadi kenyataan.Mungkin ada yang menganggap teras gemunggal tidak sehebat yang dikata. Malah penulis sendiri tidak berapa yakin dengan keistimewaan yang diperkatakan oleh Pak Arun. Bagi membuktikan teras gemunggal benar-benar istimewa, Pak Arun telah menunjukkan beberapa demostrasi bagi menyakinkan penulis bahawa teras ini benar-banr hebat!Pak Arun telah mengambil sedikit cuka getah atau asid lalu menjiruskannya ketanah. Buih membuak-buak membakar beberapa helai rumput yang terkena asid tersebut. Ternyata sesiapa yang kene pasti tidak akan selamat. Kemudian Pak Arun menyuruh penulis memegang teras tersebut sambil merendamkan tangan ke dalam asid. Penulis pada mulanya tidak yakin tetapi setelah Pak Arun mencubanya sendiri, penulis terkejut apabila melihat tangan Pak Arun langsung tidak lut asid walaupun direndam beberapa ketika. "Pernah ada satu cerita dikatakan ada seorang pencuri kayu terlihat sebatang kayu gemunggal yang besar di belakang rumah jirannya. Dia menghampiri pokok itu untuk mengambil terasnya. Tiba-tiba dia disimbah dengan asid cuka yang belum dibancuh. jirannya menyangka yang dia ingin mengintai. Sepantas kilat pencari akar kayu tersebut memeluk batang pokok gemunggal dan badannya hanya basah seperti dijirus air. Sedang baju yang dipakainya koyak rabak dimamah asid. jirannya terperanjat dan terus meminta maaf," akhiri Pak Arun yang bergitu berminat untuk berkongsi keistimewaan kayu gemunggal ini dengan peminat-peminat akar kayu.- 019-2244707
0 Responses

Catat Ulasan